Mohd Liza? Siapa ni? Boyfriend baru ke? Haha takdelahh, dia atuk aku lahhhhhh! Damn, he is my EVERYTHING! Kenapa tiba2 nak cerita pasal atuk ni? Dia tak sihat ke? Eh taklahh, dia tengah menunaikan haji di mekah dan madinah. Harap selamat lah dia dkt sana. Harini masuk 3 4 hari juga pemergian beliau. Pemergian ke mekah lah, jngn fikir lain! Tak baik tau, haha. Alhamdulillah, apa yg dia nak selama ni dah pun dimakbulkan :) Amin. Semoga dia tenang berada di sana dan pulang dengan selamatnya. Bukan apa, dia adalah calon yang terpilih bersama Perdana Menteri. Ada 111 calon. Tapi yg sedihnya, belum pergi lagi, dah ada sorg antara calon tersebut meninggal dunia. Inalillah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.
Pada 7 Oktober 2011, atuk aku nak adakan kenduri sempena keberangkatan beliau. Ada baca2 doa and makan2. Sorry lah, bukan tknk ajak, tapi takut org ramai, makanan tk cukup sbb kawan atuk je dh berpuluh2 org. Termasuk family yg ada di kampung, di Kelantan, semua ada. Dh beratus jugaklah. Dari petang hinggalah malam. Petang ada 300 org yg hadir and malam pulak 100 orang. Makanan pun cukup2 utk 400 orang. Disebabkan ramai, semua ahli keluarga decide ambik katering je. Thanks to Faris Catering. Makanan mmg lazat2 belaka. Alhamdulillah majlis tu berjalan dengan jayanya :) Terukir kegembiraan di wajah atuk, terasa juga kegembiraan kami sekeluarga. Cehh, hahaha. Majlis tu habis dalam pukul 12 pagi mcm tu. Kemas2 dh sampai 1 pagi. Then pagi buta tu jugak semua family berkumpul dkt rmh atuk sbb atuk nk cakap something and adalah org yg diamanahkan utk buat itu ini. As usual, perasaan seorang isteri apabila suaminya hendak pergi mestilah sedih kan. Perasaan tu mesti bercampur baur, lagi2 terkenangkan kesihatan atuk yg tk berapa sihat sbb kakinya sakit. Jalan pun terhenjut2. Macam manalah dia nk tawaf kaabah nnt. Tapi takpa, terpaksalah relakan sbb itu kehendak dia and nk tunaikan hajat dia selama ni.
Keesokan harinya, atuk pun siap2kan beg, Yg lain sibuk menggosok baju and menyiapkan diri utk hntr atuk dkt Tabung Haji, Kelana Jaya. Alhamdulillah, semua anak-beranak, cucu-cucu ada. Complete! Around 5pm dah gerak. Tapi before tu, semua berkumpul dkt rumah atuk sbb nk salam2. Dh macam raya dh masa tu. Semua kenakan baju kurung dan bertudung. Kay, masa tu, mmg tk expect situation tu penuh dgn airmata. Tangisan si isteri, anak2 dan cucu2 menyedihkan lagi keadaan. Terasa tknk lepaskan atuk pergi. Ditambahkan lagi kesedihan dan tangisan atuk di wajahnya. Lagi membuatkan meraung-raung jadinya. Para sahabat beratur di bawah rumah utk bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan. Tkpe, kitorg sanggup menunggu :)
Sampai je di tempat yg nk dituju, keadaan dkt sana, fuhhhh, tkthu nk ckp apa. Crowded sangattttt! Beratus-ratus orang yg nk pergi menunaikan haji. Kebanyakkannya orang yg muda2. Kalau dh beratus-ratus yg nk pergi, tambah dgn family yg ada, tk mahu beribu-ribu org dkt tmpat tu kan. Nk sembahyang pun terpaksa beratur panjangggg. Nasib baik dkt sana ada kafeteria. Bolehlah makan2. Sementara nk tggu atuk pergi, pergilah daftar dulu, duduk lepak borak jap. Bila dh diumumkan untuk masuk, kitorg tangkap gmbr dulu buat kenangan, salam2 lagi. Lagi sekali air mata membasahi pipi. Tidak dipedulikan orang sekeliling yg memandang. Then kitorg semua ikut sampailah atuk dh nk masuk entrance. Semua amik tempat nk tgk atuk dkt dalam sbb tkboleh bawa sampai dalam, tgk kt luar pun jadilah. Masa tu, kelihatan lagi tangisan di wajah atuk. Lambaian tangannya yg penuh lesu membuatkan kami sekeluarga turut mengalirkan air mata. Nasib baik ramai yg mengenali atuk, tk adalah dia sorg2.
Alhamdulillah, petang hari isnin dpt panggilan daripada atuk. Dia kata, apa yg anak2 and cucu2 hajatkan, dah pun dia sampaikan. Semuanya dalam keadaan baik dan kesihatan dia pun makin pulih, katanya. Alhamdulillah, semoga atuk selamat. Btw, kitorg semua rindukan atuk. Tgk balik gmbr, airmata jatuh berlinangan. Hihi. Semoga atuk sihat dkt sana, and cepatlahh balikkkkk!
Kalau nk tgk gmbr, tgk je dkt facebook kay? Malas nk upload dkt sini. Hihi
No comments:
Post a Comment